Pages

بسم الله الرحمن الرحيم

Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berpesan pada yang benar, dan saling berpesan untuk bersabar. (103:1-3)

Ubat Hati

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA:

“Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara,
maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut.

Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya.

Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa.

Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam.

Keempat, menghampirkan diri kepada Allah beribadat/zikirullah) di sepertiga malam dan,

Kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Rabu, 9 Januari 2013

Kisah Nadhlah bin Mu'awiyah dengan Zarnab bin Bar'ala


Ibnu Umar r.a. berkata, “Umar r.a. telah menulis surat kepada Saad bin Abi Waqas r.a. di Qadisiyah, surat tersebut berbunyi: perintahkan kepada Nadhlah bin Mu’awiyah supaya membawa satu pasukan ke Hulwan”
 
     Sebaik sahaja Saad menerima arahan tersebut maka beliau dengan segera menagarahkan Nadhlah membawa 300 orang tentera untuk menawan Hulwan. Apabila sampai di sana dengan izin Allah swt maka dapatlah Nadhlah dan tenteranya menawan dengan mudah kota tersebut. Banyaklah tawanan dan harta perang yang diperolehi. 

     Apabila masuk waktu solat Nadhlah dan tenteranya pergi ke daratan di tepi bukit, lalu Nadhlah memulakan azan. Ketika Nadhlah mengucap : “Allahu akbar, Allahu akbar”, maka dengan tiba-tiba kedengaran suara dari bukit itu berkata: “Engkau telah mengagungkan Yang Maha Esa wahai Nadhlah” 
Nadhlah meneruskan azan dengan menyebut: “Asyhadu Alla Illaha Illallah”
Suara dari bukit itu berkata lagi: “Itulah kalimat ikhlas wahai Nadhlah”
Nadhlah meneruskan azan dengan menyebut: “Asyhadu Anna Muhammada Rasullullah”
Suara dari bukit itu berkata lagi: “Dialah yang telah diberitahu kepada kami oleh Isa a.s.”
Nadhlah meneruskan azan dengan menyebut: “Hayya Alas Solah”
Suara dari bukit itu berkata lagi: “Untunglah sesiapa yang rajin menunaikannya”
Nadhlah meneruskan azan dengan menyebut: “Hayya Alal Falah”
Suara dari bukit itu berkata lagi: “Sungguh beruntung orang yang menyambut Nabi Muhammad s.a.w. dan itulah jaminan kekalnya umat Muhammad s.a.w.”
Nadhlah meneruskan azan dengan menyebut: “Allahu akbar, Allahu akbar, La Illaha Illallah!”
Kata suara dari bukit itu lagi: “Ikhlas benar kamu wahai Nadhlah, Allah swt telah megharamkan jasad kamu dari api neraka”

     Setelah Nadhlah selesai mengalunkan azan maka dia pun berkata: “Siapakah kamu yarhamuka Allah, adakah kamu malaikat, jin atau hamba Allah (manusia). Kamu telah memperdengarkan kepada kami suara kamu, maka tunjukkanlah kepada kami rupamu itu. Kami ini adalah utusan dari Allah, Rasullullah dan Umar bin al-Khattab”

     Selepas Nadhlah berkata demikian maka dengan tiba-tiba muncul seorang lelaki tua yang berjanggut putih dan berpakaian shuf lalu berkata:  “Assalamualaikum warah matullahi wa barakatuh.”

     Jawab Nadhlah: “Waalaikas salam warahmah, siapakah kamu? Semoga Allah memberi rahmat kepada kamu”

     Orang tua itu berkata: “Sebenarnya aku ini adalah Zarnab bin Bar’ala pesuruh Nabi Isa AS, saya ditempatkan di bukit ini dan didoakan umur saya panjang sehingga turunnya Nabi Isa AS dari langit. Saya tidak dapat berjumpa dengan Muhammad s.a.w. namun begitu sampaikan salam saya kepada Umar dan katakan kepadnya: “Wahai Umar, bersederhanalah kamu dan mudahkan segala sesuatu sebab hari Kiamat itu terlalu dekat. Dan katakan kepada Umar kalau terjadi beberapa perkara kepada umat Muhammad s.a.w., maka hendaklah segera lari, antaranya: 
  1. Kalau lelaki membuat hubungan sesama lelaki ( homoseks ). 
  2. Kalau perempuan membuat hubungan sesama perempuan ( lesbian ). 
  3. Mereka bernasab kepada bukan keturunan mereka. 
  4. Apabila orang yang tua tidak sayang lagi kepada orang yang muda. 
  5. Apabila orang yang muda tidak hormat lagi kepada orang yang tua. 
  6. Apabila orang mula meninggalkan amal makruf dan melakukan perkara yang munkar. 
  7. Apabila orang yang belajar ilmu semata-mata untuk mendapatkan wang. 
  8. Turunnya hujan di musim kemarau. 
  9. Apabila anak-anak menyebabkan kedukaan kedua orang tuanya. 
  10. Apabila berkurangnya orang yang mengenang budi. 
  11. Apabila bertambahnya orang yang tidak mengenang budi. 
  12. Apabila manusia berlumba-lumba membina rumah. 
  13. Apabila manusia menurutkan hawa nafsunya. 
  14. Apabila manusia menukarkan agama dengan dunia. 
  15. Apabila manusia tidak mengambil berat tentang pertumpahan darah. 
  16. Apabila manusia gemar memutuskan tali persaudaraan. 
  17. Apabila manusia mula menjual hukum. 
  18. Apabila manusia mula meninggikan bangunan menara dan memperhiasi bentuk mushaf dan masjid namun ia tidak digunakan sebetulnya. 
  19. Apabila rasuah berleluasa. 
  20. Apabila manusia gemar memakan riba’ 
  21. Apabila orang kaya dimuliakan. 
  22. Apabila wanita-wanita dapat berkenderaan sendiri” ??? 
      Kata Nadhlah lagi: “Setelah orang tua itu memberi nasihat tersebut maka dia pun pergi menghilangkan diri.” 

     Wahai saudara-saudari yang beraqidah akan keimanan kepada hari akhirat sekelian kalau kita perhatikan 22 nasihat tersebut yang diterangkan di atas, maka kita dapat mengatakan kesemuanya itu telah pun dan sedang berlaku, yang cuma belum berlaku ialah KIAMAT. Kiamat itu adalah rahsia Allah, kita tidak perlu menghitungnya. Yang perlu kita lakukan ialah takutlah kepada Allah dan menjauhkan segala larangan dan melakukan segala arahanNya.

Tiada ulasan: