Pages

بسم الله الرحمن الرحيم

Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berpesan pada yang benar, dan saling berpesan untuk bersabar. (103:1-3)

Ubat Hati

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA:

“Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara,
maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut.

Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya.

Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa.

Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam.

Keempat, menghampirkan diri kepada Allah beribadat/zikirullah) di sepertiga malam dan,

Kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Rabu, 17 Disember 2008

Rasulullah S.A.W. Mendatangi Kafilah Dagang

Dari kejauhan gumpalan debu padang pasir membumbung ke langit. Debu-debu yang berterbangan itu dapat terlihat dari kejauhan bertanda ada satu rombongan kafilah akan datang mendekati kota Mekkah.

Rasulullah S.A.W melihat gumpalan debu dari kejauhan itu segera pulang ke rumah. Beliau S.A.W langsung menyiapkan perbekalan dan membungkusnya. Setelah itu Rasulullah S.A.W menunggu di pintu gerbang kota Mekkah. Kafilah itu rupanya tidak memasuki kota Mekkah mereka hendak menuju tempat lain.

Rasulullah S.A.W mendekati kafilah itu dan mencari pimpinan rombongan kafilah tersebut. Setelah berjumpa dengan pemimpin kafilah itu Rasulullah S.A.W meminta izin untuk dapat ikut serta di dalam rombongan tersebut. Beliau S.A.W telah diizinkan. Rasulullah S.A.W mulailah berda'wah kepada mereka, kepada setiap orang dalam rombongan itu Rasulullah S.A.W telah sampaikan kebesaran Allah S.W.T dan mengajak mereka untuk menerima Islam.

Setelah semua orang mendapat penjelasan dari Rasulullah S.A.W, Beliau S.A.W pun meminta izin kepada pimpinan rombongan untuk pulang kembali ke Mekkah. Rasulullah S.A.W kembali ke kota Mekkah dengan berjalan kaki sedangkan kafilah tersebut telah melalui kota Mekkah sejauh satu hari satu malam perjalanan.

Rasulullah S.A.W hanya inginkan setiap orang memiliki kalimah Laalilaahaillallaah dan selamat dari adzab yang pedih kelak di akhirat.

Tiada ulasan: