Suatu hari Baginda Sulaiman A.S sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman A.S terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya, "Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?" Si semut menjawab, "Ini adalah kurma yang Allah S.W.T berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun."
Baginda Sulaiman A.S kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, "Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu."
Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman A.S. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman A.S datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang.
Baginda Sulaiman A.S bertanya kepada si semut, "Hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurma mu?"
"Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah S.W.T yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah Pemberi Rezeki (Ar-Razak)", jawab si semut.
Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berpesan pada yang benar, dan saling berpesan untuk bersabar. (103:1-3)
Ubat Hati
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA:
“Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara,
maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut.
Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya.
Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa.
Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam.
Keempat, menghampirkan diri kepada Allah beribadat/zikirullah) di sepertiga malam dan,
Kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan