Pages

بسم الله الرحمن الرحيم

Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berpesan pada yang benar, dan saling berpesan untuk bersabar. (103:1-3)

Ubat Hati

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA:

“Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara,
maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut.

Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya.

Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa.

Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam.

Keempat, menghampirkan diri kepada Allah beribadat/zikirullah) di sepertiga malam dan,

Kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Khamis, 13 Ogos 2009

BEZA ANTARA YAHUDI, ZIONIS DAN ISRAEL

1. Yahudi berasal dari perkataan ‘ibri’, ‘abra’, ‘ibrani’ yang bermaksud potong jalan/berpindah. Yahudi berasal dari keturunan Sam (semitik) bin Nuh. Semitik merujuk kepada bangsa Yahudi,Arab,Chaldaen dan Assyrian.

2. Bermula dengan Nabi Ibrahim yang merupakan bapa kepada para nabi. Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Hajar dan mendapat Nabi Ismail yang kemudiannya menjadi moyang bangsa Arab. Selain itu,hasil dari perkahwinan dengan Siti Sarah lahir Nabi Ishak. Dari keturunan Nabi Ishak munculnya Nabi Isa dan Nabi Yaakub.

3. Nabi Yaakub inilah yang disebut sebagai Israel, Yaakub mempunyai 12 anak dan munculnya 12 keturunan Bani Israel pada zaman Nabi Musa. Dan bermula pada zaman Nabi Musa ini sebahagian dari mereka mengambil ajaran baginda dan menggunakan nama Yahudi bermakna semua Yahudi adalah Bani Israel dan bukan semua Bani Israel adalah Yahudi. KeturunanYahudi ini diturunkan melalui darah bermakna tiada orang yang boleh menganuti agama Yahudi melainkan turun melalui darah.

4. Tidak semua Bani Israel berfahaman Yahudi ada Bani Israel beragama Islam dan Kristian. Munculnya Theoder Herzl’s seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel raya. Oleh itu,ada sekelompok Bani Israel ini ingin menubuhkan suatu negara besar Israel raya.

5. Keturunan Yahudi sekarang terbahagi kepada 3 kelompok iaitu bangsa Sephardim di Sepanyol,Oriental Jews di Arab dan Ethiopia,dan Ashkenazim di Eropah. Kemunculan 3 kelompok ini hasil dari perpindahan pada abad 17SM. Karl Marx, Hitler dan Albert Pike adalah keturunan Ashkenazim. Karl Max terkenal dengan fahaman Komunis yang berpendapat agama adalah candu kepada masyarakat dan perlu disebarkan kepada Goyyim(manusia selain Yahudi).

6. Keturunan Yahudi yang tulen adalah dari jurai keturunan ibu. Ashkenazim dikatakan bukan keturunan sebelah ibu atau keturunan 12 Bani Israel tetapi digelar keturunan ke-13 ataupun anak haram kerana bukan datangnya dari keturunan jurai ibu. Manakala di Eropah juga bukan dari keturunan jurai ibu tapi bapa.

7. Tetapi bukan semua Yahudi itu adalah Zionis di mana ada juga penganut Yahudi yang menbangkang kekejaman Rejim Zionis. Ini kerana,Rejim Zionis bersifat sekular,tidak berpegang pada asal dan bertentangan dengan melakukan kezaliman.

8. Di Amerika,telah wujud gerakan baru iaitu New Conservative. Bekas Presiden Amerika Syarikat George Bush Jr. merupakan pengikut untuk gerakan ini dan sangat agresif terhadap Palestin.

9. Berikut merupakan nama Yahudi di seluruh dunia:
• Berg” ( Goldberg)
• Man” (Goldman,Ligthman)
• Stein” (Einstein)
• Ler” (Adler)
• Ner” (Asner)
• Ilin” (Gitlin)
• Witz” (Horowitz)
• Baum” (Teitelbaum)
• Off” (Chartoff)
• Nik” (Resnik)
• Thal” (Rosenthal)
• Ling” (Spelling)
• Sky” (Linsky)
• Farb”(Himmelfarb)
• Feld”(Seinfeld)

Sebagai contoh Arnold Swarzenegger,seorang pelakon Hollywood terkenal merangkap Gabenor California sebenarnya adalah Yahudi kelahiran Austria. Bapanya pula ialah Parti Nazi Austria yang pernah menjawat jawatan penting dalam pasukan keselamtan Austria.

10. Dalam Kitab Injil Bahagian 01 telah dinyatakan ’tanah yang dijanjikan’ antara Sungai Nil,Mesir hingga ke Sungai Eupharates, Mesopotamia di Iraq untuk keturunan Ibrahim atau Abraham.

11. Manakala Zionis merupakan gerakan yang dipelopori Moses Hess yang menubuhkan sebuah negara haram,Israel. Yahudi mula berpindah pada tahun 1897. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin pada abad ke-19 di mana ketika itu dikuasai oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah.

12. Pada 1903 – 25,000 Yahudi tiba dari Eropah Timur.Antara 1904-1914 sudah ada 40,000 orang Yahudi.

13. Israel diisytiharkan pd 14 Mei 1948. Negara Arab serang Israel. Gerila lebih berperanan dari pemimpin Arab. Mesir dapat Semenanjung Gaza manakala Jordan dapat Timur Jerusalem (Tebing Barat). Sejak itu,perang terus berlaku dan sehingga kini telah mencecah 60 tahun.

14. Sejak itu rakyat Palestin tersepit dalam siri peperangan :
• Perang 1948- ½ juta dihalau dari Palestin.
• Perang 1967- ½ juta keluar.
• Perang 1973- Arab kalah
• 1.5 juta hidup di 8 khemah pelarian -60 tahun

15. Yahudi yang bermazhab ekstrem Haredim inilah yang telah menyerang Palestin terkini iaitu antara 27hb Dis 2008 – 20hb Jan 2009. Antara hukum-hakam penganut Yahudi ini ialah suara wanita adalah aurat,wanita tidak boleh memandu seorang diri,wanita tidak boleh menjadi pemimpin dan melakukan majlis perpisahan antara lelaki dan perempuan. Manakala dari segi pemakaian Zionis adalah berserbakan hitam contohnya kopiah kecil hitam ataupun yang besar dan golongan perempuan pula menutup aurat melepasi paras lutut.

16. Simbol pada bendera Zionis:

17. Zionis menjadi sekutu kepada Amerika Syarikat. Terdapatnya Zionis Lobi yang tidak terlibat secara langsung dalam politik yang merupakan golongan kaya muncul pada awal abad ke-20.

18. Zionis juga telah menguasai bank. Jenama kereta Ford-ford Found telah memberi bantuan kewangan kepada media elektronik seperti CNN,ABC (Australian),Sky Tv., Hollywood. Malahan media surat khabar juga merupakan salah satu medium Zionis untuk menyebarkan pengaruhnya.

19. Zionis juga yang menyebarkan idea Islam Liberal iaitu idea kuzman, moderat,
fundamental,konservatif dan liberal. Agenda Islam Liberal sangat berjaya di Indonesia. Agenda Islam Liberal telah menguasai pendidikan Islam di Indonesia atas nama kebebasan pluralisme.

MERUNGKAI RAHSIA ZIONIS

1. Zionis adalah gerakan yang dipelopori oleh Moses Hess pada abad ke-19 dan diperkuatkan lagi oleh Theoder Herzl’s. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin. Theoder Herzl’s seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel raya.

2. Pada 1895,orang-orang Yahudi mengadakan kongres yang pertama di Kota Bale Switzerland,dihadiri oleh anggotanya sekitar 300 orang yang mewakili 50 organisasi Zionis yang bertebaran di seluruh dunia. Pertemuan itu terus berlangsung dari semasa ke semasa. Tujuannya adalah untuk menganalisa strategi mereka yang akan dilancarkan demi mencapai maksud. Dengan itu tertubuhnya Zionis International.

3. Zionis Israel adalah negara yang paling banyak melanggar Resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu lebih daripada 80 Resolusi sejak penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945.

4. Mereka telah menerima hmpir 1/3 daripada Bajet Tahunan Bantuan Luar Amerika Syarikat yakni dari segi bantuan kewangan,senjata nuklear dan lain-lain.

5. Mereka telah menubuhkan negara haram Israel sejak pencerobohan pada tahun 1948 bermakna telah 60 tahun menjajah bumi suci para ambiya’ dengan memasukkan bangsa Yahudi melalui beberapa perjanjian yang dicapai seperti Perjanjian Oslo 1 (1992),Perjanjian Oslo 2 (1995) dan banyak lagi dengan itu setiap kali perjanjian diadakan kemasukan Yahudi turut bertambah.

6. Rejim Zionis Israel mempunyai simpanan senjata nuclear dan tidak membenarkan sebarang pemeriksaan antarabangsa terhadap fasiliti nuklearnya. Mereka juga tidak menandatangani Nuclear Non-Prolification Treaty,satu perjanjian di mana sebuah negar itu tidak akan membina senjata nuclear.

7. Mereka tidak membenarkan rakyat Palestin berpindah Palestin berpindah dari satu kota ke satu kota yang lain kecuali dengan selepad mendapat ‘visa’ dari rejim Zionis Israel.

8. Semasa pemerintahan Ariel Sharon telah melakukan pembunuhan beramai-ramai secara kejam ke atas lebih daripada 2,750 bangsa Palestin di khemah-khemah pelarian Sabra dan Shatila pada tahun 1982. PBB telah mengklasifikasikan sebagai GENOCIDE iatu PEMBUNUHAN SELURUH KAUM/BANGSA.

9. Terkini,antara 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009 sekali lagi telah melancarkan jenayah perang ke atas Gaza justeru,selepas sahaja diumumkan genjatan senjata oleh HAMAS pada 18 Disember 2008 yang menggunakan senjata tercanggih dunia termasuk penggunaan bom fosforus yang menyebabkan lebih 1,300 nyawa terkorban dan lebih 5,000 tercedera.

Nurul Atiqah Izzati Bt Md Ishak
Azmawati Bi Asis
Sekretariat R&D
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Dan Teknologi
Dipetik daripada laman web : pmfst ukm

Isnin, 10 Ogos 2009

Peristiwa sebalik Hari Al-Quds sedunia


TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).

Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan. Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan.

Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria. Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan 'gila', dengan kata lain, tidak waras. Maka, atas sebab itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.

Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa. Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam.

Masjid Al-Aqsa yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa. Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia 'terbakar' hati dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, 38 tahun lalu. Begitulah nasib Tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis. Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin. Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam.

Satunya kerana, kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah. Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan. 

Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis yang telah merampasnya daripada tangan umat Islam. Akibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam. Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin. Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk menghebahkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam serta soal penindasan di Masjid Al-Aqsa. Kita berharap program ini akan menggerakkan masyarakat supaya sedar lalu terpanggil untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.

Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan semua, seluruh lapisan masyarakat dunia.

Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah keseluruhannya cenderung untuk dirampas secara haram oleh rejim Zionis.

Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama- sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.

Sementara itu, antara aktiviti-aktiviti untuk menyemarakkan sambutan ini ialah ceramah umum, seminar, demonstrasi damai, penerbitan filem, buletin, cakera padat video (VCD), persembahan seni seperti teater, nasyid, dan festival seni dan pameran kesedaran di tempat awam yang strategik di masjid-masjid, sekolah-sekolah termasuk gedung beli-belah dan sebagainya.

*Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia
*Gambar diambil dari website AhmadGhareeb.com

Sabtu, 8 Ogos 2009

Cecahkan Dahimu Ke Sejadah

Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan.

Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih.

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah ,Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup ?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput ?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan ulat.

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara.
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'.
Sucikanlan dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan.

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal Bukan yang pergi.
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak di bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan.

Justeru bila Dia menyeru ,sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk , itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat.

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat.
Sambutlah seruan "Hayya 'alas Solaah"
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan "Hayya 'alal Falaah"
Jalan kemenangan akhirat dan dunia.

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan
Tuhan Pada hari itu tiada berguna harta,
takhta dan putera
Isteri , kad kredit dan kereta Kondominium,
saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

I.K.I.M.pilihan UTAMA

Jumaat, 7 Ogos 2009

Fotografi & Islam


MELALUI gambar kita cepat mengenali seseorang, lebih-lebih lagi dari sudut wajah yang bukan saja memantulkan ketampanan dan keayuan, malah melukiskan watak serta sikap individu terbabit.

Bagi sesetengah pihak seperti selebriti dan ahli politik, gambar memainkan peranan penting khususnya dalam meraih populariti, tetapi pada masa sama, gambar juga menjatuhkan maruah seseorang dalam sekelip mata.

Secara umum gambar adalah satu medium komunikasi yang sangat berpengaruh dan kerana itu hari ini kita dibanjiri dengan pelbagai jenis dan bentuknya, termasuk yang bersifat fitnah, kurang sopan dan berunsur lucah.

Bagaimanapun, Islam mengharamkan gambar kurang sopan dan berunsur lucah, tidak kira ia datang dalam bentuk apa sekalipun, sama ada hasil daya kreativiti melalui kemahiran tangan, media cetak mahupun elektronik.

Tetapi apakah pengharaman mengenainya terhenti setakat itu saja?

Bagaimana dengan yang lain, misalnya gambar dihasilkan melalui teknik fotografi, lukisan potret, anak patung mainan dan ukiran berupa makhluk?

Al-Bukhari dan Muslim ada meriwayatkan hadis daripada Aisyah r.a yang berkata: “Rasulullah s.a.w kembali dari pelayaran dan saya menutup sehelai kain di dinding yang padanya ada gambar lukisan. “

“Apabila Rasulullah s.a.w melihat gambar itu, serta-merta bertukar warna wajahnya, lalu berkata: ‘Wahai Aisyah! Seberat-berat seksa yang diterima oleh seseorang daripada Allah pada hari kiamat ialah orang yang cuba meniru rupa makhluk Allah.’

“Selepas mendengar ancaman Rasulullah itu saya pun mengambil kain lukisan itu dan saya potong-potongkan untuk dijadikan kain alas bantal.”

Menurut Abdullah Nasih Ulwan dalam buku Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, hadis terbabit menunjukkan pengharaman gambar dan patung, sama ada ia berbentuk, berbayang, dibuat untuk diagungkan atau tidak kerana semua itu penyerupaan dengan penciptaan Allah.

Cuma, katanya, yang dikecualikan daripada gambar tadi iaitu melukis gambar seperti pohon dan rumah iaitu yang tiada roh padanya.

Ini sebagaimana diriwayatkan al-Bukhari daripada Said bin Abul Hasan, katanya: “Pernah pada suatu hari aku berada di majlis Ibnu Abbas r.a, tiba-tiba datang kepadanya seorang lelaki lalu berkata: ‘Hai Ibnu Abbas! Sesungguhnya aku ini, mata pencarianku daripada kerja seni tanganku dan aku membuat gambar-gambar dan patung-patung itu, apa katamu?’

Lalu Ibnu Abbas menjawab kepada orang yang bertanya itu: “Aku tidak akan memberitahumu melainkan apa yang aku sendiri mendengar daripada Rasulullah s.a.w sebagai jawapanku.

“Aku mendengar baginda berkata: ‘Sesiapa yang menggambar suatu gambar (patung yang berjisim), sesungguhnya Allah akan menyeksanya sehingga dia dapat meniupkan roh padanya sama sekali.’”

Mendengar jawapan Ibnu Abbas, orang itu kelihatan sangat gelisah kerana tidak senang mendengar jawapan terbabit dan berasa tersinggung.

Ibnu Abbas berkata lagi kepadanya: “Celaka engkau! Kiranya engkau mesti menggambarkan atau melukis juga, buatlah gambar-gambar pepohon, gambar pemandangan dan apa saja gambar yang tidak mempunyai roh.” (Hadis riwayat Bukhari)

Menurut Abdullah, dibenarkan juga daripada jenis patung permainan untuk kanak-kanak kerana tiada padanya tujuan untuk mengagungkan atau menimbulkan bangga diri dan sombong.

Ini sebagaimana diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah, Ummul Mukminin r.a yang berkata: “Dahulu pernah aku bermain anak-anak seperti juga anak-anak perempuan yang lain di sisi Rasulullah s.a.w.

“Kemudian datang kepadaku teman-temanku dan mereka sentiasa bersembunyi daripada Rasulullah s.a.w kerana takut kepadanya, padahal Rasulullah berasa gembira melihat mereka datang untuk bermain-main denganku.”

Di dalam riwayat Abu Daud pula, Nabi s.a.w berkata kepada Aisyah suatu hari: “Apa ni?” Jawab Aisyah: “Ini anak-anak perempuanku.” Kata baginda lagi: “Apa yang di tengah-tengah ini?” Jawabnya: “Kuda.”

Tanya baginda: “Apa ini yang di atasnya?” Jawabnya: “Dua kepak.” Kata baginda: “Kuda ada dua kepak?” Jawabnya: “Apakah kau tidak pernah dengar yang (Nabi) Sulaiman bin Daud ada kuda yang berkepak?”

Nabi s.a.w pun ketawa geli hati, sehingga kelihatan gigi-gigi gerahamnya.”

Asy-Syaukani berkata: “Ternyata dari hadis ini ada dalil yang membolehkan kita memberikan anak-anak kecil patung permainan yang berupa, umpamanya bentuk pengantin suami isteri.”

Tetapi Imam Malik meriwayatkan pula, makruh bagi orang lelaki membelikan anak patung untuk anak perempuannya.

Al-Qadhi Iyadh berkata: “Bermain anak patung yang berbentuk anak perempuan untuk anak perempuan adalah harus.”

Abdullah berkata, antara hal yang menarik perhatian kita, apabila gambar ini bertujuan bukan untuk dibesar-besarkan dan tidak sempurna bentuknya, ia halal dan boleh di manfaatkan.

Mengenai gambar dengan alat fotografi, iaitu kamera, beliau mengatakan secara menyeluruh termasuk dalam nas yang mengharamkan, melainkan gambar yang wajib dan memang ketara kebaikannya.

Ini seperti gambar untuk kad pengenalan, pasport, gambar orang jahat dan orang yang dituduh disebabkan semua ini termasuk dalam kaedah umum yang mengatakan darurat itu mengharuskan yang dilarang.

Bagi Pensyarah Kanan di Institut Islam Toronto, Ontario, Kanada, Sheikh Ahmad Kutty, fotografi sebagai medium komunikasi tidak jatuh dalam kategori gambar yang di larang.

Menurutnya, Nabi s.a.w memang mengutuk orang yang membuat gambar dan ukiran yang melambangkan patung kerana ia membawa kepada syirik, selaras dengan kaedah usul fiqah (prinsip perundangan Islam) sesuatu yang membawa kepada haram ia adalah haram.

Tetapi, katanya, fungsi fotografi hari ini tidak jatuh kepada kategori terbabit, malah sesetengah ulama yang dahulunya mengecam keras fotografi kemudian menukar posisi terhadap hukum berkenaan.

“Malah, mereka juga membenarkan gambar mereka diambil untuk disiarkan dalam akhbar, syarahan melalui rakaman video dan pembentangan.

“Sebelum ini mereka hanya membenarkan dalam kes pengecualian seperti urusan pasport, lesen memandu dan sebagainya.

“Perubahan pandangan mereka terhadap fotografi adalah berasaskan penilaian mereka ke atas peranan fotografi,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, seseorang tidak boleh membuat kenyataan yang semua fotografi adalah halal (dibenarkan).

“Ia bergantung kepada penggunaan dan fungsinya. Jika ia untuk tujuan pendidikan serta tidak dicemari dengan tujuan sanjungan dan penyembahan, ia tidak dilarang,” katanya.

Sementara itu, menurut Dr Yusuf al-Qardhawi, melalui bukunya Halal dan Haram Dalam Islam, menghasilkan gambar dengan alat fotografi (kamera), yang paling dekat dengan jiwa syariat Islam dalam permasalahan ini ialah dibolehkan dan jika tidak pun hukumnya jatuh makruh.

“Itupun kalau gambar yang diambil tidak termasuk gambar yang diharamkan oleh Islam seperti gambar yang menampakkan tempat sulit kaum wanita atau lelaki yang boleh menimbulkan fitnah atau menggambarkan lelaki sedang bercium-ciuman dengan wanita atau seumpamanya,” katanya.

Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my

Dipetik daripada,
MyMetro Ad-Din

Khamis, 23 Julai 2009

Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi


Mengikut Pendapat Imam Al-Ghazali



RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Selasa, 17 Februari 2009

Siapakah Salahuddin al-Ayyubi?

Salahuddin al-Ayyubi (bahasa Arab: صلاح الدين الأيوبي / Ṣalāḥ al-Dīn al-Ayyubīy‎, bahasa Kurd: سه‌لاحه ‌دينێ ئه ‌يووبى / Silhedînê Eyûbî, bahasa Parsi: صلاح الدین ایوبی, bahasa Turki: Selahaddin Eyyubi) atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub (1137 -1193) mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurd di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.

Kebangkitan


Tugu peringatan Salahuddin di Damsyik.
Salahuddin dilahirkan di dalam sebuah keluarga Kurdish di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya. Ayahnya, Najm ad-Din Ayyub, ialah gabenor wilayah Baalbek. Selama 10 tahun Salahuddin tinggal di Damsyik di kawasan istana milik Nur ad-Din.
Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh yang juga ketika itu merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili Nur al-Din dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyyah di Mesir sekitar tahun 1160. Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada tahun 1169. Di sana, dia mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawah Kerajaan Latin Baitulmuqaddis pimpinan Almaric I. Kemampuan Salahuddin diragui pada peringkat awal perlantikkannya sebagai panglima. Tiada sesiapa yang menyangka beliau dapat bertahan lama ekoran terdapat banyak perubahan dalam kerajaan dalam tahun sebelumnya seperti perebutan kuasa oleh gabenor-gabenor yang sedia ada dalam mendapat perhatian khalifah. Sebagai seorang ketua tentera asing dari Syria, Salahuddin tiada kuasa ke atas askar-askar Mesir yang terdiri daripada golongan Syiah yang ketika itu dipimpin oleh Khalifah Al-Adid.
Apabila khalifah itu meninggal dunia pada bulan September 1171, Salahuddin mengarahkan para imam mengumumkan nama Khalifah Al-Mustadi (Khalifah Abbasiyyah di Baghdad) semasa solat Jumaat. Sekarang, walaupun Salahuddin yang memerintah Mesir tetapi hanya sebagai wakil Nur ad-Din. Selepas dilantik menjadi pemimpin Mesir, Salahuddin melakukan perubahan terhadap ekonomi Mesir, menyusun semula angkatan tentera, dan menuruti nasihat ayahnya supaya mengelak daripada sebarang konflik dengan Nur ad-Din. Beliau menunggu sehingga Nur ad-Din meninggal dunia sebelum memulakan beberapa siri kempen ketenteraan. Pada awalnya terhadap beberapa kerajaan-kerajaan Muslim yang kecil kemudian ke atas tentera Salib. Dengan kewafatan Nur ad-Din pada tahun 1174, beliau menjadi Sultan Mesir. Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Sunah Waljamaah di Mesir.

Menentang Tentera Salib


"Raja Mesir, Salahuddin Al-Ayubbi" daripada sebuah manuskrip kurun ke-15; simbol "globus" di tangan kirinya ialah simbol Eropah tentang kekuasaan.
Dalam dua peristiwa berbeza iaitu pada tahun 1171 dan 1173, Salahuddin berundur setelah satu siri serangan oleh tentera Salib. Salahuddin berharap bahawa Kerajaan Salib ini tidak diganggu selagi beliau tidak menguasai Syria. Nur ad-Din dan Salahuddin hampir-hampir berperang akibat daripada peristiwa tetapi dengan wafatnya Nur ad-Din pada 1174, perang ini dapat dielakkan. Waris Nur ad-Din iaitu as-Salih Ismail al-Malik hanya seorang kanak-kanak ketika dilantik bagi menggantikan ayahnya. Walau bagaimanapun dia meninggal dunia pada tahun 1181.
Sejurus selepas Nur ad-Din meninggal dunia, Salahuddin berarak ke Damsyik, dan setibanya beliau di sana, dia diberi sambutan sambutan yang meriah. Dia mengukuhkan kedudukannya dengan mengahwini balu Nur ad-Din. Walaupun Salahuddin tidak memerintah Aleppo dan Mosul (dua bandar yang pernah dikuasai Nur ad-Din), beliau dapat menggunakan pengaruhnya dan menguasai kedua bandar itu pada tahun 1176 (Aleppo) dan 1186 (Mosul).
Sementara Salahuddin Al-Ayubbi menumpukan perhatiannya ke atas wilayah-wilayah di Syria, negeri-negeri Salib dibiarkan bebas, walaupun begitu beliau sering mencatatkan kemenangan ke atas tentera Salib di mana saja kedua-dua belah pihak bertempur. Beliau bagaimanapun tumpas dalam Perang Montgisard yang berlaku pada 25 November, 1177. Dia ditewaskan oleh gabungan tentera Baldwin IV dari Baitulmuqaddis, Raynald dari Chatillon dan Knights Templar.
Keamanan di antara Salhuddin dan negeri-negeri Salib tercapai pada 1178. Salahuddin meneruskan serangannya pada 1179 selepas daripada kekalahannya dalam Perang Montsigard, dan dalam serangannya ke atas sebuah kubu kuat tentera Salib beliau berjaya menumpaskan tentera Salib. Walau bagaimanapun, tentera Salib terus menyerang orang-orang Muslim. Raynald dari Chatillon mengganggu laluan perdagangan dan haji orang Islam dengan kapal-kapal laut di Laut Merah. Raynald juga mengancam menyerang kota suci Islam yakni Kota Mekah dan Madinah menjadikannya orang paling dibenci dalam dunia Islam. Sebagai tindak balas, Salahuddin Al-Ayubbi menyerang Kerak, sebuah kubu Raynald pada tahun 1183 dan 1184. Raynald kemudian menyerang dan membunuh kabilah yang dalam perjalanan untuk menunaikan haji pada tahun 1185.
Dalam bulan Julai tahun 1187, Salahuddin menyerang neger-negeri Salib. Pada 4 Julai 1187, beliau bertempur dalam Perang Hattin menentang gabungan kuasa Guy dari Lusignan (sebutan gi bukan guy), Raja Negeri-negeri Salib, dan Raymond III dari Tripoli. Tentera Salib yang letih dan dahagakan air mudah ditumpaskan oleh tentera Salahuddin. Kekalahan tentera Salib ini membei tamparan yang besar buat mereka dan menjadi satu titik perubahan dalam sejarah Perang Salib. Salahuddin berjaya menangkap Raynald dan beliau sendiri memancung kepala Raynald akibat kesalahannya. Raja Guy juga berjaya ditangkap tetapi beliau tidak dipancung.

Timur Tengah, c. 1190. Empayar Salahuddin Al-Ayubbi dan wilayah kuasaannya ditunjukkan dalam waarna merah; wilayah yang berjaya ditawan daripada tentera Salib dalam warna merah jambu. Warna hijau muda menandakan wilayah yang masih dikuasai tentera Salib.
Selepas tamatnya Perang Hattin, Salahuddin berjaya merampas kembali hampir keseluruhan kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Beliau berjaya menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada 2 Oktober tahun 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib (lihat Kepungan Baitulmuqaddis). Kecuali bandar Tyre tidak ditawan Salahuddin. Salahuddin membenarkan tentera dan masyarakat Kristian pergi ke sana. Kota itu sekarang diperintah oleh Conrad dari Montferrat. Dia mengukuhkan pertahanan Tyre dan berjaya menahan dua kepungan yang dilakukan oleh Salahuddin. Pada tahun 1188, Salahuddin membebaskan Guy dari Lusignan dan menghantar beliau kembali kepada isterinya iaitu Sibylla dari Baitulmuqaddis.
Perang Hattin dan kejayaan tentera Muslim menawan semula Baitulmuqaddis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai "Cukai Salahuddin". Tentera Salib ini berjaya menawan semula Acre, dan tentera Salahuddin bertempur dengan tentera Raja Richard I dari England (Richard Si Hati Singa) dalam Perang Arsuf pada 7 September 1191. Kedua-dua belah pemimpin baik Salahuddin mahupun Richard amat menghormati antara satu sama lain. Mereka juga pernah bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik perempuan Richard, Joan dari England kepada adik lelaki Salahuddin, Al-Adil, dengan kota Baitulmuqaddis menjadi hantarannya. Rundingan ini gagal ekoran kebimbangan berhubung hal-hal agama di kedua-dua belah pihak.
Kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan dalam Perjanjian Ramla pada tahun 1192 yang mana kota Baitulmuqaddis akan terus berada dalam tangan orang Islam tetapi dibuka kepada penganut-penganut Kristian. Perjanjian itu menjadikan negeri-negeri salib hanyalah gugusan kecil di sepanjang pesisir pantai Tyre hingga ke Jaffa.
Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard. Apabila mereka membuka peti simpanan Salahuddin untuk membiayai upacara pengebumiannya, mereka mendapati ia tidak cukup (diriwayatkan Salahuddin hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak semasa kematiannya. Ada juga riwayat yang menyebut wang itu henyalah wang 5 Dinar) . Salahuddin telah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang miskin. Makamnya yang terletak di Masjid Ummaiyyah merupakan tumpuan tarikan pelancong yang terkenal. Makamnya adalah antara makam yang sering dikunjungi umat Islam di seluruh dunia.

Pengiktrafan


Saladin, daripada codex Arab abad ke-12.
Sungguhpun menerima tentangan hebat dari masyarakat Kristian Eropah, Salahuddin mendapat reputasi besar di Europah sebagai seorang kesatria yang berjaya, sehinggakan wujudnya pada abad ke-14 sastera epik mengenai kejayaannya, dan Dante meletakkannya di kalangan roh baik dalam Limbo. Salahuddin muncul sebagai sebuah watak dalam karya tulisan Sir Walter Scott iaitu The Talisman (1825). Walaupun disebalik peristiwa penyembelihan orang-orang Muslim termasuklah wanita dan kanak-kanak semasa tentera Salib menawan Baitulmuqaddis pada tahun 1099, Salahuddin memberi jaminan keselamatan perjalanan dan nyawa kepada semua masyarakat Katolik dan juga kepada tentera Kristian yang kalah (masyarakat Greek Ortodoks dilayan dengan lebih baik kerana mereka menentang tentera Salib). Satu pandangan menarik tentang Salah al-Din dan dunia yang didiaminya dapat dibaca dalam novel Buku Salahuddin Al-Ayubbi (London: Verso, 1998) karya Tariq Ali.
Walaupun berbeza kepercayaan, Salahuddin Al-Ayubbi amat dihormati di kalangan bangsawan-bangsawan Kristian terutamanya Raja Richard. Raja Richard pernah memuji Salahuddin sebagai seorang putera agung dan merupakan pemimpin paling hebat dalam dunia Islam. Salahuddin juga memuji Richard dengan berkata bahawa beliau lebih rela Baitulmuqaddis jatuh ke tangan Richard daripada jatuh ke tangan orang lain. Selepas perjanjian damai ditandatangani, Richard dan Salahuddin bertukar-tukar hadiah di antara satu sama lain sebagai lambang kehormatan. Walau bagaimanapun kedua-dua pemimpin ini tidak pernah bersua muka.

Makam


Makam Salahuddin Al-Ayubbi berdekatan dengan Masjid Ummaiyyah, Damsyik, Syria.

Watak Salahuddin dimainkan oleh Ghassan Massoud dalam filem Kingdom of Heaven (2005)
Salahuddin Al-Ayubbi dikebumikan di sebuah makam yang terletak di taman sebelah luar Masjid Ummaiyyah di Damsyik, Syria. Maharaja Wilhelm II dari Jerman mendermakan batu marmar baru kepada makam tersebut. Jenazah Salahuddin bagaimanapun tidak ditempatkan di situ. Sebaliknya makam itu mempunyai dua kubur iaitu satu kubur kosong diperbuat daripada marmar dan satu kubur mengandungi jenazah Salahuddin yang diperbuat daripada kayu.

Salahuddin dalam media

  • Saladin ialah nama siri animasi 3D di Malaysia yang dilancarkan pada tahun 2006. Ia berkisar mengenai sejarah hidup Salahuddin. saladin.tv


Pautan luar


Rujukan

  • Baha ad-Din, Sejarah Salahuddin Al-Ayubbi yang Hebat dan Gemilang, ed. D. S. Richards, Ashgate, 2002.
  • Imad ad-Din al-Isfahani, Conquête de la Syrie et de la Palestine par Salâh ed-dîn, ed. Carlo Landberg, Brill, 1888.
  • Stanley Lane-Poole, Salahuddin Al-Ayubbi dan Kejatuhan Kerajaan Salib, Putnam, 1898.
  • H. A. R. Gibb, Riwayat Hidup Salahuddin Al-Ayubbi: Hasil kerja Imad ad-Din dan Baha ad-Din. Clarendon Press, 1973.
  • M. C. Lyons and D. E. P. Jackson, Salahuddin: Politik Perang Suci, Cambridge University Press, 1982.
  • Alan K. Bowman, Mesir selepas Firaun, 1986.

Selasa, 6 Januari 2009

Rela Dimasukkan ke Dalam Neraka

Nabi Musa A.S suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan umatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa A.S kemudian menyapa dan mendekatinya.

Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, "Wahai Musa A.S aku telah beribadah kepada Allah S.W.T selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Syurga-Nya? Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah."

Nabi Musa A.S mengabulkan permintaan orang itu. Nabi Musa A.S kemudian bermunajat memohon kepada Allah S.W.T agar Allah S.W.T memberitahukan kepadanya di mana umatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak.

Allah S.W.T berfirman, "Wahai Musa, sampaikanlah kepadanya bahwa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam."

Nabi Musa A.S kemudian mengkhabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah S.W.T kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa AS. Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagaimana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat.

Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa A.S kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa A.S, "Wahai Musa A.S, aku rela Allah S.W.T memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya."

Nabi Musa A.S menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah S.W.T. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa A.S maka Allah S.W.T berfirman, "Wahai Musa, sampaikanlah kepada umatmu itu bahwa sekarang Aku akan menempatkannya di Syurga-Ku yang paling tinggi."

Permohonan si Miskin dan si Kaya

Nabi Musa A.S memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa A.S. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu.

Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa A.S, "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah S.W.T permohonanku ini agar Allah S.W.T menjadikan aku orang yang kaya."

Nabi Musa A.S tersenyum dan berkata kepada orang itu, "Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah S.W.T."

Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, "Bagaimana aku mahu banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja?!"

Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya.

Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa A.S. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah S.W.T permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu.

Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata, "Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah S.W.T."

"Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah SWT? Allah S.W.T telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah S.W.T telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukuri-Nya", jawab si kaya itu.

Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah S.W.T tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah S.W.T mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mahu bersyukur kepada Allah S.W.T.

Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut

Rasulullah S.A.W, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali R.A. Di rumah Ali R.A. isterinya Syaidatina Fathimah R.Ha. putri Rasulullah S.A.W menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah S.A.W kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abu Bakar R.A. berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar R.A. berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Uthman R.A. berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Ali R.A. berkata, "Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah R.Ha. berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah S.A.W berkata, "Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril A.S berkata, "menegakkan syiar-syiar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta, dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah S.W.T berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Nabi Sulaiman AS dan Seekor Semut (2)

Suatu hari Baginda Sulaiman A.S sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman A.S terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya, "Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?" Si semut menjawab, "Ini adalah kurma yang Allah S.W.T berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun."

Baginda Sulaiman A.S kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, "Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu."

Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman A.S. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman A.S datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang.

Baginda Sulaiman A.S bertanya kepada si semut, "Hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurma mu?"

"Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah S.W.T yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah Pemberi Rezeki (Ar-Razak)", jawab si semut.

Nabi Sulaiman A.S dan Seekor Semut (1)

Kerajaan Nabi Sulaiman A.S dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman A.S mulai didatangi oleh ummatnya untuk dimintai pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah S.W.T agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. Baginda Sulaiman AS kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdoa memohon kepada Allah S.W.T agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun.

Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman A.S melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman A.S kemudian mendengar sang semut mulai berdoa memohon kepada Allah S.W.T penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya. "Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku", doa sang semut kepada Allah S.W.T.

Mendengar doa si semut maka Baginda Sulaiman A.S kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, "Kita segera pulang, sebentar lagi Allah S.W.T akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah S.W.T telah mengabulkan permohonan seekor semut". Kemudian Baginda Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan.

Bidadari untuk Umar R.A.

Umar R.A. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah S.A.W. Semenjak ia memeluk islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat dan tawaf di Kaa'bah secara terang-terangan.

Umar R.A. adalah seorang yang warak, ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar R.A. mempelajari surah Al-Baqarah selama 10 tahun, ia kemudian melapor kepada Rasulullah S.A.W, "Wahai Rasulullah, apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqarah? Apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya".

Rasulullah S.A.W menjawab, "Sudah...!"

Umar R.A. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah S.W.T. Kerana kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Qur'an yang diturunkan Allah S.W.T berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Qur'an lainnya.

Rasulullah S.A.W seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalannya mik'raj menghadap Allah S.W.T. Baginda S.A.W sering pula menceritakan bagaimana keadaan syurga yang dijanjikan Allah S.W.T kepada sahabat-sahabatnya.

Suatu hari ketika Rasulullah S.A.W dimik'rajkan menghadap Allah S.W.T malaikat Jibril A.S memperlihatkan kepada Baginda S.A.W taman-taman syurga. Rasulullah S.A.W melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkrama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeda dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu.

Rasulullah S.A.W bertanya kepada Jibril A.S, "Wahai Jibril A.S, bidadari siapakah itu?"

Malaikat Jibril A.S menjawab, "Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar R.A.
Pernah suatu hari ia membayangkan tentang surga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeda dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bagian atas matanya berwarna merah, dan bagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Kerana sahabatmu itu selalu memenuhi kehendak Allah S.W.T maka saat itu juga Allah S.W.T menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya".

Isnin, 5 Januari 2009

Pahala Sebanyak Bintang di Langit

Suatu malam baginda Rasulullah S.A.W dan isterinya Syaidatina Aisyah R.Ha. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah S.W.T.

Syaidatina Aisyah R.Ha. bertanya kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah, pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu?"

Di dalam hatinya syaidatina Aisyah R.Ha. menebak pahala sebanyak ini pasti pahala ayahandanya, Syaidina Abu Bakar R.A.

"Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar R.A", jawab Rasulullah S.A.W.

Syaidatina Aisyah R.Ha. terkejut, lalu ia bertanya, "Ya Rasulullah S.A.W bagaimana dengan ayahku?".

Rasulullah S.A.W tersenyum kepada isterinya sambil baginda S.A.W berkata, "Ketahuilah isteriku, satu hari penghijrahan Abu Bakar (R.A) bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (R.A) dan keluarganya sampai hari kiamat."

Jibril A.S, Kerbau, Kelawar, dan Cacing

Suatu hari Allah S.W.T memerintahkan malaikat Jibri A.S untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah S.W.T sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril A.S segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril A.S mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril A.S segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril A.S mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelawar, "hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai seekor kelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril A.S segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril A.S bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah S.W.T sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, daripada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati, mereka akan diseksa selama-lamanya".

Kurma Madinah

Ketika Rasulullah S.A.W memerintahkan para sahabatnya untuk segera berangkat ke Tabuk menghadapi kaum kafir, mereka semua bersegera menyambutnya. Hanya beberapa orang sahabat yang tidak mengikuti peperangan tersebut, selain orang tua, para wanita dan anak-anak serta orang-orang munafik. Musim menuai kurma hampir tiba dan masa itu musim panas yang terik sedang melanda, sementara perbekalan dan persenjataan yang dimiliki sangat minima, akan tetapi Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya R.A. tetap berangkat.

Diwaktu itulah keimanan dan pengorbanan para sahabat diuji. Orang-orang munafik mulai menyebarkan desas-desus dan menghasut para sahabat R.A. agar tidak meninggalkan kebun kurma mereka dan tidak menyertai peperangan tersebut. Hasutan para munafiqin itu tidak hanya kepada para sahabat r.ahum. tetapi isteri para sahabat R.A. pun tidak luput dari hasutan mereka.

Mereka para munafiqin itu berkata, "Suami-suami kalian pergi ke Tabuk sementara kurma di kebun-kebun kalian sebentar lagi ranum, siapakah yang akan mengurusnya. Mereka meninggalkan kesempatan yang bagus ini dan pergi meninggalkannya begitu saja".

Isteri-isteri para sahabat itu menjawab dengan keimanan mereka, "Pencari rezeki telah pergi dan Pemberi rezeki telah datang".

Pada masa itu Rasulullah S.A.W dan para sahabat R.A. dengan pertolongan Allah S.W.T kembali dari peperangan dalam waktu yang sangat singkat. Allah S.W.T menjaga kebun-kebun kurma dan keluarga mereka. Tidak satupun buah kurma yang telah masak itu jatuh dari tangkainya, hasil tuaian mereka berlipat ganda hasilnya dan walaupun demikian harga kurma Madinah saat itu mencapai harga tertinggi sehingga para sahabat R.A. tidak mendapatkan kerugian sedikit pun.

Sampai saat ini kurma Madinah adalah yang paling digemari dan terkenal di mana-mana.

Rasulullah S.A.W. Dan Wang 8 Dirham

Suatu hari Rasulullah S.A.W bermaksud hendak berbelanja. Dengan bekal wang 8 dirham, beliau hendak membeli pakaian dan peralatan rumah tangga. Belum juga sampai di pasar, beliau mendapati seorang wanita yang sedang menangis. Beliau sempatkan bertanya kenapa menangis. Apakah sedang ditimpa musibah ? Perempuan itu menyampaikan bahwa ia adalah seorang budak yang sedang kehilangan wang sebesar 2 dirham. Ia menangis sangat takut didera oleh majikannya. Dua dirham dikeluarkan dari saku Rasulullah untuk menghibur perempuan malang tersebut. Kini tinggal 6 dirham. Beliau bergegas membeli gamis, pakaian kesukaanya. Akan tetapi baru beberapa langkah dari pasar, seorang tua lagi miskin setengah teriak berkata, "Barang siapa yang memberiku pakaian, Allah akan mendandaninya kelak." Rasulullah memeriksa laki-laki tersebut. Pakaiannya lusuh, tak pantas lagi dipakai. Gamis yang baru dibelinya dilepas dan diberikan dengan sukarela kepadanya. Beliau tak jadi memakai baju baru.

Dengan langkah ringan beliau hendak segera pulang. Akan tetapi lagi-lagi beliau harus bersabar. Kali ini beliau menjumpai perempuan yang diberi dua dirham tersebut mengadukan persoalan, bahwa ia takut pulang. Ia khuatir akan dihukum oleh majikannya kerana terlambat. Sebagai budak saat itu nilainya tidak lebih dari seekor binatang. Hukuman fizik sudah sangat lazim diterima. Rasulullah diutus di dunia untuk mengadakan pembelaan terhadap rakyat jelata. Dengan senang hati beliau antarkan perempuan tersebut ke rumah majikannya. Sesampainya di rumah, beliau ucapkan salam. Sekali, dua kali belum ada jawaban. Baru salam yang ketiga dijawab oleh penghuni rumah. Nampaknya semua penghuni rumah tersebut adalah perempuan. Ketika ditanya kenapa salam beliau tidak dijawab, pemilik rumah itu mengatakan sengaja melakukannya dengan maksud didoakan Rasulullah dengan salam tiga kali. Selanjutnya Rasulullah menyampaikan maksud kedatangannya. Beliau mengantar perempuan yang menjadi budak tersebut karena takut mendapat hukuman. Rasulullah kemudian menyampaikan, "Jika perempuan budak ini salah dan perlu dihukum, biarlah aku yang menerima hukumannya." Mendengar ucapan Rasulullah itu penghuni rumah terkesima. Mereka merasa mendapat pelajaran yang sangat berharga dari baginda Rasulullah. Kerana secara refleks mereka menyampaikan, "Budak belian ini merdeka karena Allah." Betapa bahagianya Rasulullah mendengar pernyataan itu. Beliau sangat bersyukur dengan wang 8 dirham mendapat keuntungan ribuan dirham, yakni harga budak itu sendiri. Beliau berkata, "Tiadalah aku melihat delapan dirham demikian besar berkatnya dari pada delapan dirham yang ini. Allah telah memberi ketenteraman bagi orang yang ketakutan, memberi pakaian orang yang telanjang, dan membebaskan seorang budak belian."

Akhirnya, rahmat dan kasih sayang, bantuan dan pertolongan kepada masyarakat bawah akan mendatangkan kesejahteraan dan kemajuan. Allah berfirman dalam sebuah hadits Qudsyi. "Bahwanya Allah menolong hanba-Nya, selama ia menolong saudaranya."