Salahuddin al-Ayyubi (
bahasa Arab:
صلاح الدين الأيوبي / Ṣalāḥ al-Dīn al-Ayyubīy,
bahasa Kurd: سهلاحه دينێ ئه يووبى /
Silhedînê Eyûbî,
bahasa Parsi:
صلاح الدین ایوبی,
bahasa Turki:
Selahaddin Eyyubi) atau nama sebenarnya
Yusuf bin Ayyub (
1137 -
1193) mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurd di
Mesir dan
Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai
Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa
Perang Salib.
Kebangkitan
Tugu peringatan Salahuddin di
Damsyik.
Salahuddin dilahirkan di dalam sebuah keluarga
Kurdish di
Tikrit dan dihantar ke
Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya. Ayahnya,
Najm ad-Din Ayyub, ialah gabenor wilayah
Baalbek. Selama 10 tahun Salahuddin tinggal di Damsyik di kawasan istana milik
Nur ad-Din.
Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya,
Shirkuh yang juga ketika itu merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili Nur al-Din dalam kempennya menentang
Kerajaan Fatimiyyah di
Mesir sekitar tahun
1160. Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada tahun
1169. Di sana, dia mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawah
Kerajaan Latin Baitulmuqaddis pimpinan
Almaric I. Kemampuan Salahuddin diragui pada peringkat awal perlantikkannya sebagai panglima. Tiada sesiapa yang menyangka beliau dapat bertahan lama ekoran terdapat banyak perubahan dalam kerajaan dalam tahun sebelumnya seperti perebutan kuasa oleh gabenor-gabenor yang sedia ada dalam mendapat perhatian khalifah. Sebagai seorang ketua tentera asing dari
Syria, Salahuddin tiada kuasa ke atas askar-askar Mesir yang terdiri daripada golongan
Syiah yang ketika itu dipimpin oleh Khalifah
Al-Adid.
Apabila khalifah itu meninggal dunia pada bulan
September 1171, Salahuddin mengarahkan para imam mengumumkan nama Khalifah
Al-Mustadi (Khalifah
Abbasiyyah di
Baghdad) semasa solat Jumaat. Sekarang, walaupun Salahuddin yang memerintah Mesir tetapi hanya sebagai wakil Nur ad-Din. Selepas dilantik menjadi pemimpin Mesir, Salahuddin melakukan perubahan terhadap ekonomi
Mesir, menyusun semula angkatan tentera, dan menuruti nasihat ayahnya supaya mengelak daripada sebarang konflik dengan Nur ad-Din. Beliau menunggu sehingga Nur ad-Din meninggal dunia sebelum memulakan beberapa siri kempen ketenteraan. Pada awalnya terhadap beberapa kerajaan-kerajaan Muslim yang kecil kemudian ke atas tentera Salib. Dengan kewafatan Nur ad-Din pada tahun
1174, beliau menjadi
Sultan Mesir. Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan
Seljuk dan mengasaskan
Kerajaan Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran
Sunah Waljamaah di Mesir.
Menentang Tentera Salib
"Raja Mesir, Salahuddin Al-Ayubbi" daripada sebuah manuskrip kurun ke-15; simbol "
globus" di tangan kirinya ialah simbol Eropah tentang kekuasaan.
Dalam dua peristiwa berbeza iaitu pada tahun
1171 dan
1173, Salahuddin berundur setelah satu siri serangan oleh tentera Salib. Salahuddin berharap bahawa Kerajaan Salib ini tidak diganggu selagi beliau tidak menguasai Syria. Nur ad-Din dan Salahuddin hampir-hampir berperang akibat daripada peristiwa tetapi dengan wafatnya Nur ad-Din pada
1174, perang ini dapat dielakkan. Waris Nur ad-Din iaitu
as-Salih Ismail al-Malik hanya seorang kanak-kanak ketika dilantik bagi menggantikan ayahnya. Walau bagaimanapun dia meninggal dunia pada tahun
1181.
Sejurus selepas Nur ad-Din meninggal dunia, Salahuddin berarak ke
Damsyik, dan setibanya beliau di sana, dia diberi sambutan sambutan yang meriah. Dia mengukuhkan kedudukannya dengan mengahwini balu Nur ad-Din. Walaupun Salahuddin tidak memerintah
Aleppo dan
Mosul (dua bandar yang pernah dikuasai Nur ad-Din), beliau dapat menggunakan pengaruhnya dan menguasai kedua bandar itu pada tahun
1176 (Aleppo) dan
1186 (Mosul).
Sementara Salahuddin Al-Ayubbi menumpukan perhatiannya ke atas wilayah-wilayah di Syria, negeri-negeri Salib dibiarkan bebas, walaupun begitu beliau sering mencatatkan kemenangan ke atas tentera Salib di mana saja kedua-dua belah pihak bertempur. Beliau bagaimanapun tumpas dalam
Perang Montgisard yang berlaku pada
25 November,
1177. Dia ditewaskan oleh gabungan tentera
Baldwin IV dari Baitulmuqaddis,
Raynald dari Chatillon dan
Knights Templar.
Keamanan di antara Salhuddin dan negeri-negeri Salib tercapai pada
1178. Salahuddin meneruskan serangannya pada
1179 selepas daripada kekalahannya dalam Perang Montsigard, dan dalam serangannya ke atas sebuah kubu kuat tentera Salib beliau berjaya menumpaskan tentera Salib. Walau bagaimanapun, tentera Salib terus menyerang orang-orang
Muslim. Raynald dari Chatillon mengganggu laluan perdagangan dan haji orang Islam dengan kapal-kapal laut di
Laut Merah. Raynald juga mengancam menyerang kota suci Islam yakni Kota
Mekah dan
Madinah menjadikannya orang paling dibenci dalam dunia Islam. Sebagai tindak balas, Salahuddin Al-Ayubbi
menyerang Kerak, sebuah kubu Raynald pada tahun
1183 dan
1184. Raynald kemudian menyerang dan membunuh kabilah yang dalam perjalanan untuk menunaikan
haji pada tahun
1185.
Dalam bulan Julai tahun
1187, Salahuddin menyerang neger-negeri Salib. Pada
4 Julai 1187, beliau bertempur dalam
Perang Hattin menentang gabungan kuasa
Guy dari Lusignan (sebutan
gi bukan
guy), Raja Negeri-negeri Salib, dan
Raymond III dari Tripoli. Tentera Salib yang letih dan dahagakan air mudah ditumpaskan oleh tentera Salahuddin. Kekalahan tentera Salib ini membei tamparan yang besar buat mereka dan menjadi satu titik perubahan dalam sejarah Perang Salib. Salahuddin berjaya menangkap Raynald dan beliau sendiri memancung kepala Raynald akibat kesalahannya. Raja Guy juga berjaya ditangkap tetapi beliau tidak dipancung.
Timur Tengah, c. 1190. Empayar Salahuddin Al-Ayubbi dan wilayah kuasaannya ditunjukkan dalam waarna merah; wilayah yang berjaya ditawan daripada tentera Salib dalam warna merah jambu. Warna hijau muda menandakan wilayah yang masih dikuasai tentera Salib.
Selepas tamatnya Perang Hattin, Salahuddin berjaya merampas kembali hampir keseluruhan kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Beliau berjaya menawan semula
Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada
2 Oktober tahun
1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib (lihat
Kepungan Baitulmuqaddis). Kecuali bandar
Tyre tidak ditawan Salahuddin. Salahuddin membenarkan tentera dan masyarakat
Kristian pergi ke sana. Kota itu sekarang diperintah oleh
Conrad dari Montferrat. Dia mengukuhkan pertahanan Tyre dan berjaya menahan dua kepungan yang dilakukan oleh Salahuddin. Pada tahun
1188, Salahuddin membebaskan Guy dari Lusignan dan menghantar beliau kembali kepada isterinya iaitu
Sibylla dari Baitulmuqaddis.
Perang Hattin dan kejayaan tentera Muslim menawan semula
Baitulmuqaddis mengakibatkan terjadinya
Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai "
Cukai Salahuddin". Tentera Salib ini berjaya menawan semula Acre, dan tentera Salahuddin bertempur dengan tentera Raja
Richard I dari England (
Richard Si Hati Singa) dalam
Perang Arsuf pada
7 September 1191. Kedua-dua belah pemimpin baik Salahuddin mahupun Richard amat menghormati antara satu sama lain. Mereka juga pernah bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik perempuan Richard,
Joan dari England kepada adik lelaki Salahuddin,
Al-Adil, dengan kota Baitulmuqaddis menjadi hantarannya. Rundingan ini gagal ekoran kebimbangan berhubung hal-hal agama di kedua-dua belah pihak.
Kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan dalam
Perjanjian Ramla pada tahun
1192 yang mana kota Baitulmuqaddis akan terus berada dalam tangan orang Islam tetapi dibuka kepada penganut-penganut Kristian. Perjanjian itu menjadikan negeri-negeri salib hanyalah gugusan kecil di sepanjang pesisir pantai Tyre hingga ke
Jaffa.
Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada
4 Mac 1193 di Kota
Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard. Apabila mereka membuka peti simpanan Salahuddin untuk membiayai upacara pengebumiannya, mereka mendapati ia tidak cukup (diriwayatkan Salahuddin hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak semasa kematiannya. Ada juga riwayat yang menyebut wang itu henyalah wang 5 Dinar) . Salahuddin telah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang miskin. Makamnya yang terletak di
Masjid Ummaiyyah merupakan tumpuan tarikan pelancong yang terkenal. Makamnya adalah antara makam yang sering dikunjungi umat Islam di seluruh dunia.
Pengiktrafan
Saladin, daripada
codex Arab abad ke-12.
Sungguhpun menerima tentangan hebat dari masyarakat Kristian Eropah, Salahuddin mendapat reputasi besar di Europah sebagai seorang kesatria yang berjaya, sehinggakan wujudnya pada
abad ke-14 sastera epik mengenai kejayaannya, dan
Dante meletakkannya di kalangan roh baik dalam
Limbo. Salahuddin muncul sebagai sebuah watak dalam karya tulisan Sir
Walter Scott iaitu
The Talisman (1825). Walaupun disebalik peristiwa penyembelihan orang-orang Muslim termasuklah wanita dan kanak-kanak semasa tentera Salib menawan Baitulmuqaddis pada tahun 1099, Salahuddin memberi jaminan keselamatan perjalanan dan nyawa kepada semua masyarakat
Katolik dan juga kepada tentera Kristian yang kalah (masyarakat
Greek Ortodoks dilayan dengan lebih baik kerana mereka menentang tentera Salib). Satu pandangan menarik tentang Salah al-Din dan dunia yang didiaminya dapat dibaca dalam novel
Buku Salahuddin Al-Ayubbi (London: Verso, 1998) karya Tariq Ali.
Walaupun berbeza kepercayaan, Salahuddin Al-Ayubbi amat dihormati di kalangan bangsawan-bangsawan Kristian terutamanya Raja Richard. Raja Richard pernah memuji Salahuddin sebagai seorang putera agung dan merupakan pemimpin paling hebat dalam dunia Islam. Salahuddin juga memuji Richard dengan berkata bahawa beliau lebih rela Baitulmuqaddis jatuh ke tangan Richard daripada jatuh ke tangan orang lain. Selepas perjanjian damai ditandatangani, Richard dan Salahuddin bertukar-tukar hadiah di antara satu sama lain sebagai lambang kehormatan. Walau bagaimanapun kedua-dua pemimpin ini tidak pernah bersua muka.
Makam
Makam Salahuddin Al-Ayubbi berdekatan dengan Masjid Ummaiyyah,
Damsyik,
Syria.
Salahuddin Al-Ayubbi dikebumikan di sebuah makam yang terletak di taman sebelah luar
Masjid Ummaiyyah di
Damsyik,
Syria. Maharaja
Wilhelm II dari
Jerman mendermakan batu marmar baru kepada makam tersebut. Jenazah Salahuddin bagaimanapun tidak ditempatkan di situ. Sebaliknya makam itu mempunyai dua kubur iaitu satu kubur kosong diperbuat daripada marmar dan satu kubur mengandungi jenazah Salahuddin yang diperbuat daripada kayu.
Salahuddin dalam media
- Saladin ialah nama siri animasi 3D di Malaysia yang dilancarkan pada tahun 2006. Ia berkisar mengenai sejarah hidup Salahuddin. saladin.tv
Pautan luar
Rujukan
- Baha ad-Din, Sejarah Salahuddin Al-Ayubbi yang Hebat dan Gemilang, ed. D. S. Richards, Ashgate, 2002.
- Imad ad-Din al-Isfahani, Conquête de la Syrie et de la Palestine par Salâh ed-dîn, ed. Carlo Landberg, Brill, 1888.
- Stanley Lane-Poole, Salahuddin Al-Ayubbi dan Kejatuhan Kerajaan Salib, Putnam, 1898.
- H. A. R. Gibb, Riwayat Hidup Salahuddin Al-Ayubbi: Hasil kerja Imad ad-Din dan Baha ad-Din. Clarendon Press, 1973.
- M. C. Lyons and D. E. P. Jackson, Salahuddin: Politik Perang Suci, Cambridge University Press, 1982.
- Alan K. Bowman, Mesir selepas Firaun, 1986.